Monday, May 20, 2013

susu oh susu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎

 


  •  senang lawas
  • Perut mulai rasa kosong dan lapang  seperti lapangnya padang permainan bola sepak
  • Saat yang paling bahagian susu HL mampu mencuci usus anda! Yeah:mrgreen:
  • Memudahkan orang sukar membuang air besar.
  • Sesuai untuk ibu yang merancang hamil sebab didalamnya terkandung Asid Folik.
  • Di dalamnya terkandung adik-beradik seperti A, B1, B3, B6, B12, C, D dan E.
  • Untuk yang mementingkan kesihatan tubuh badan agar kekal langsing. Jika anda berfikir makan ubat kurus lebih baik itu petanda anda silap sebenarnya dengan minum minuman susu HL sahaja akan mampu meluahkan apa yang anda makan minum sebelum ini.
 menarik nukan?...

Wednesday, May 15, 2013

Mulakan Hari Anda Dengan Makanan :D

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎


jom breakfast

Sarapan atau dalam Bahasa Inggeris – “Breakfast” merupakan perkataan yang cukup jelas mengenai makna disebaliknya. “Break” daripada “fast”, atau penterjemahan mudahnya – hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa (setelah tidur semalaman!) Malangnya ramai di antara kita mengabaikan kepentingan bersarapan untuk memulakan hari.

Sarapan atau dalam Bahasa Inggeris – “Breakfast” merupakan perkataan yang cukup jelas mengenai makna disebaliknya. “Break” daripada “fast”, atau penterjemahan mudahnya – hidangan yang diambil untuk buka daripada puasa (setelah tidur semalaman!) Malangnya ramai di antara kita mengabaikan kepentingan bersarapan untuk memulakan hari.
Kebanyakan daripada kita makan malam pada pukul lapan, mungkin satu atau dua jam lebih awal atau lambat dan selepas itu melalui tempoh 12 jam tanpa sebarang hidangan. Jika diikutkan ia samalah dengan separuh hari tanpa makanan! Ada pula yang menghalang makanan daripada masuk ke dalam tubuh dengan tidak bersarapan!
Tidak bersarapan dilihat sebagai sesuatu yang trendy masa kini – terutamanya di kalangan mereka yang muda dan urban yang tidak langsung bertimbang untuk memilih sama ada sandwic strawberi dan secawan kopi panas ataupun kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. Ditambah lagi dengan masa yang diperlukan untuk bersolek serta bersiap untuk ke tempat kerja, nampaknya sarapan sudah tentu tidak lagi menjadi keutamaan.
Satu lagi sebab popular untuk tidak mengambil sarapan adalah pengurusan berat badan. Kita semua mahu menghilangkan setengah kilogram yang cukup menjengkelkan itu. Kita mungkin tidak suka mendengarnya tetapi tahukah anda yang tidak mengambil sarapan boleh memberikan kesan sebaliknya dan menyebabkan berat badan kita naik! Whoaaa. Ini kerana kita pasti kelaparan bila tibanya waktu makan tengahari jadi kita akan makan lebih banyak berbanding biasa. Dan jika selalunya anda cuma memakan kuay teow sup ketika tengahari, anda mungkin memilih untuk sesuatu yang lebih berlemak seperti kari laksa atau kuay teow goreng.
Sarapan yang sihat seharusnya terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan seperti karbohidrat kompleks (seperti bijian penuh, bijirin sarapan atau roti gandum penuh), protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda boleh mendapatkan protein daripada telur, tuna, kekacang, keju atau susu. Bijian penuh juga boleh memberikan anda rasa kenyang untuk satu jangka masa yang lama kerana kandungan seratnya tinggi. Ia juga membekalkan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Secara asasnya, anda akan selamat sekiranya anda mematuhi Piramid Makanan yang cukup popular itu.
Sarapan juga akan menetapkan corak untuk sepanjang hari dan pastinya anda akan lebih positif kerananya. Ingat – minda, tubuh dan rohani anda memerlukan tenaga untuk berfungsi pada tahap optimum. Antara manfaatnya termasuklah tahap tenaga lebih tinggi, daya tumpuan lebih tinggi dan perasaan sihat sepenuhnya. Berehat sebentar pada waktu pagi juga mampu memberi sedikit masa untuk kita bertenang dan merancang jadual sepanjang hari.
Kereta pun tidak boleh dipandu tanpa minyak, inikan pula tubuh kita, kan? Sekiranya jadual pagi anda begitu padat dan tidak mengizinkan anda untuk menikmati sarapan sewajarnya, tukarkan saja “breakfast” kepada “fast break” – makanlah sesuatu yang mudah dan pantas!

info dari




lupa lak nak cakap...sekarang MILO telah mempromsikan minggu sarapan di malaysia...tengok? betapa caringnya  Nestle kat kite? HARUS LA SUPPORT kan? tengok siap besarkan lagi perkataan tu... leh tengok kat sini k MILO Breakfast Movement 
mereka juga telah memberika resepi yang enak dan best ini kapada kita supaya lebih daboommm... must try k ..  resepi milo

Tip Mudah: Sebagai alternatif, anda boleh mula menyediakan sarapan pada malam sebelumnya. Sediakan susu, muesli bar, yoghurt atau minuman yoghurt yang mudah dihidangkan. Fikirlah, tiada alasan kenapa anda mesti mengabaikan hidangan yang paling penting dalam sehari

so jom sarapan,supaya kita kekal sihat dan bertenaga memulakan hari denagn lebih produktif.. TQ
tq reading :)

SeConD

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎
hari tu aku ada la google2 pasal Fujifilm Instax Mini 25 Hello Kitty. Omey taw...dah le ade kucing tecik kat tepi tu...ciutt miutt gittu,dia ni murah je... <RM180 >RM500 gitu la..tapi  kedai menawarkan harga yang berbeza,harus pandai cari n selidik habis-habisan sebelum membeli..penting taw!!



ni la benda comel tuuu....owesome angat..omey kann..
  • Photo Size: 2.13" x 3.4"
  • Focus Range: 0.5 - ∞
  • Shutter Speed: 1/3 - 1/400 Sec  
jangan salah faham eh..camera ni takde memory card n tak leh simpan gambar (takde memory haruslah tak leh simpan gambar kan? ) sebab gambar dia akan trus kluar selepas korang snap....pastu kibas2 kertas gambar tu cam korang tengah ambil angin yg kluar dari kipas tu an...haaa gittu!! thenn...tadaaaa klua la gambar. Tomey taw.Gambar dia tecik je sehinggakan boleh simpan di dalam dompet . Macam saat tak leh lupakan gituu.... i iloike!!

 

 okey kat sebelah dia lak adalah film kepada camera yang comel ini....film ni didatangi dengan pelbagai rekaan taw..yang aku tunjuk ni bermotifkan kucing pakai ribbon..dah camera ribbon..filmnya harus di'ribbonkan jugak ok! huhu

okey pegi beli sekarang!! hehe k bye
TQ reading


Tuesday, May 14, 2013

cakk!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎
ni adalah first entry aku..hahaha..(aku nak taip ape ni?) okey la aku orang baru kan..tak tahu ape lagi sal benda ni...hahaha malu kan ? orang dah maju aku still kuno lagi...hope dapatlah korang menerima aku yang serba tak tahu ape ni...aku just nak jadi dri sendiri..nerbes taw...k la jumpa len kali la...(malu) babai